Pilihan Bahasa
Bahasa Malaysia | English
  • Penang Development Corporation
  • Penang Development Corporation
  • Penang Development Corporation
  • Penang Development Corporation
  • Penang Development Corporation
  • Penang Development Corporation
  • Penang Development Corporation
  • Penang Development Corporation
  • Penang Development Corporation
  • Penang Development Corporation
  • Penang Development Corporation

Login



Pengguna baru?Sila daftar
Lupa Katalaluan?

PERUTUSAN GM

Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke Dunia Virtual PDC !

 

Tahun 2009 merupakan tahun yang penuh cabaran untuk kita semua, termasuk PDC. Walaubagaimanapun, dengan kegigihan dan usaha cekal semua warga PDC dan kepimpinan inovatif YAB Pengerusi PDC, kami telah berjaya mengharungi dan mengatasi segala cabaran.

Strategi dan objektif PDC telah menjadi satu kenyataan walaupun dalam skala sederhana akibat daripada kemelesetan ekonomi global.

 

Pada tahun 2010 ini, PDC, bersama anak-anak syarikatnya akan melalui sebuah ‘evolusi’ tersendiri – satu transformasi dalaman yang telah diatur untuk meningkatkan kecekapan dan inovasi secara menyeluruh berpandukan prestasi dan amalan terbaik sektor swasta sebagai tanda aras.  Dinamik, kreatif, inovatif, akauntabiliti dan integriti merupakan kata kunci dalam ‘evolusi’ ini.  Perubahan ini adalah signifikan untuk menghadapi cabaran pada hari-hari mendatang kerana PDC telah memberi komitmen untuk berkhidmat sebaik mungkin untuk warga Pulau Pinang.

 

Semua Warga PDC dan saya menjemput anda untuk memberi kami maklumbalas yang membina melalui laman web ini supaya dapat kami berusaha menjadikan Pulau Pinang dan PDC yang terbaik di rantau ini. Selain laman web ini, saudara-saudari sekelian dialu-alukan untuk memberi maklumbalas kepada kami melalui kaedah komunikasi konvensional iaitu melalui surat, telefon dan lain-lain.

 

Kami merakamkan setinggi penghargaan kerana saudara-saudari yang sudi melayari dunia virtual kami ini dan adalah menjadi harapan kami bahawa seluruh warga Pulau Pinang bersedia untuk bekerjasama dalam usaha kami yang tidak berbelah bagi untuk membangunkan Pulau Pinang sebagai sebuah Bandar Antarabangsa.


DATO’ ROSLI JAAFAR
Pengurus Besar

Penang Development Corporation

  

 

  

Last Updated on Tuesday, 02 February 2010 01:13
 

Jumlah Pelawat

Bil. Pelawat: 70 038

Kongsi Maklumat

Web Marketing

Bantuan